Cari @ Amanz

Samsung Memperlihatkan Peranti Prototaip Dengan Skrin Fleksibel

Oleh Aman

Link Copied!

Skrin fleksibel dan boleh lentur telah diperkatakan sejak daripada tahun lepas, dan kini pada CES 2013, selain mengumumkan cip pemprosesan baru, Samsung turut sama memperlihatkan peranti prototaip untuknya.

Samsung - Skrin OLED Fleksibel

Samsung - Skrin OLED Fleksibel

Daripadanya, ia membolehkan pengeluar peranti hadir dengan pelbagai jenis dan rekabentuk gajet berbeza, termasuk tablet yang boleh dilipat menjadi telefon pintar.

Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai prototaip awal, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan digunakan dalam pengeluaran peranti Samsung.

Samsung - Skrin OLED Fleksibel

Samsung - Skrin OLED Fleksibel

Jadi, apakah pendapat anda dengan peranti dengan skrin seumpama ini?


Komen ()