Carian
Codecademy Menambah Pembelajaran API Untuk YouTube, Bit.ly, Dan Beberapa Yang Lain
January 10, 2013 Aman

Codecademy sejak pengenalannya telah memudahkan para pengguna baru mempelajari ilmu pengaturcaraan secara terus melalui pelayar web. Dan kini, pada tahun ini mereka memulakannya dengan menambah sokongan pembelajaran API pihak ketiga.

Codecademy - API

Untuk menjayakan perkara ini, Codecademy bekerjasama dengan pelbagai syarikat lain, termasuk Bitly, SoundCloud, YouTube dan banyak lagi, dan mengajar pengguna dalam membangunkan aplikasi menggunakan API syarikat ini.

Jadi, bagi mereka yang berminat dengan pengaturcaraan, ataupun ingin mengetahui bagaimana menggunakah data-data daripada penyedia ini dalam membangunkan aplikasi anda, boleh memulakan pembelajaran anda secara percuma di Codecademy hari ini.

Komen