Cari @ Amanz

Aplikasi Dominos Pizza untuk pengguna Malaysia telah sedia terdapat di AppStore sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini, mereka secara rasminya melancarkan aplikasi tersebut kepada para pengguna tempatan.

Aplikasi Domino's Pizza Malaysia

Melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh membuat tempahan makanan, selain pada masa yang sama ketahui lokasi semasa tempahan mereka melalui penggunaan GPS.

Bersempena dengan pelancaran aplikasi mereka secara rasmi ini juga, pihak Dominos menyediakan promosi khas untuk setiap tempahan melalui aplikasi iPhone tersebut.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah aplikasi sama akan diperkenalkan kepada pengguna Android.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd