Microsoft Research sering hadir dengan pelbagai konsep dan idea-idea menarik, dan terkini, salah satu perkara baru yang dipertontonkan adalah projek IllumiRoom.
Melalui projek IllumiRoom, Microsoft memperlihatkan konsep dimana pengguna boleh menikmati hiburan dengan menggunakan keseluruhan bilik mereka. Perkara ini dijayakan dengan mengabungkan dunia maya dan dunia fizikal, dimana seperti semua sedia maklum, ia menggunakan teknologi Kinect dalam menjayakannya.
Walaupun ia masih tidak diketahui sama ada akan direalisasikan ataupun tidak, video yang dipertontonkan oleh Microsoft mengatakan ia dirakamkan menggunakan perkara sebenar, dan bukannya kesan visual tambahan.