Cari @ Amanz

Telefon pintar yang menggunakan Ubuntu Phone OS masih jauh lagi sebelum dipasarkan, dimana ia hanya akan menemui pengguna pada penghujung tahun ini ataupun pada awal 2014 kelak. Namun, pelbagai video baru dikongsikan, menjadikan lebih ramai ternanti-nanti akan sistem operasi berkenaan.

Terbaru, perekabentuk interaksi Ubuntu sendiri memuat-naik sebuah video baru, membandingkan prestasi Ubuntu Phone OS diantara versi awal yang diperlihatkan minggu lepas, dan kemaskini baru pada minggu ini.

Daripadanya, masalah lengah masa seperti telah diatasi, dan menjadikan sistem operasi tersebut lebih responsif berbanding sebelumnya.

Ia dikatakan fail pemasangan khas untuk Galaxy Nexus akan dikongsikan oleh pihak Ubuntu pada penghujung bulan Februari kelak, yang mana mungkin akan menyertakan lebih banyak pengoptimasian padanya.

Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd