Carian
Malaysia Twitter Political Index – Ketahui Sentimen Tweet Terhadap Pemimpin Politik
January 10, 2013 Aman

Memudahkan membuat penilaian tepat untuk sokongan politik di Twitter.Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pilihan raya di Amerika Syarikat, mungkin sedia mengenali halaman khas daripada Twitter yang menyediakan informasi berkaitan perbincangan mengenai calon-calon yang bertanding. Dengan konsep sama, kini salah seorang pembangun tempatan hadir dengan perkhidmatan sama untuk pasaran tempatan.

Malaysia Political Index

Perkhidmatan yang dinamakan sebagai Malaysia Twitter Political Index membolehkan pengguna tempatan mengetahui apakah sentimen pengguna Twitter berkenaan dengan ketua pembangkang – Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri – Najib Razak.

Setiap tweet dianalisa dengan sistem tersendiri, membolehkan ia mengetahui sesuatu tweet itu dikenal-pasti sama ada ia memberikan kesan positif ataupun sebaliknya. Menariknya, sistem ini turut boleh mengenal-pasti bahasa Malaysia, memberikan data yang lebih tepat lagi, selain hanya mengenal-pasti sentimen yang menggunakan bahasa Inggeris.

Ia masih lagi pada peringkat awal, dan pada masa akan datang, pembangunnya mengatakan ia akan mengatasi masalah bot dan spam dan mengemaskini halaman tersebut, dan bersedia untuk pilihan raya yang akan datang kelak.

Komen