Samsung boleh dikatakan sering hadir dengan pelbagai peranti dibawah jenama keluarga Galaxy, dan hari ini, mereka memperkenalkan Galaxy S2 Plus, membawakan beberapa kemaskini kepada telefon pintar Galaxy S2 mereka yang diperkenalkan pada 2011.
Samsung Galaxy S2 Plus membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, serta dilengkapi dengan skrin Super AMOLED Plus WVGA bersaiz 4.3-inci. Galaxy S2 Plus turut sama membawakan memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 8GB (dengan sokongan mikro-SD sehingga 64GB), dan bateri berkapasiti 1650mAh.
Dari segi rakaman pula, Galaxy S2 Plus membawakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dan 2-megapixel pada bahagian hadapan.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat berkenaan bilakah ia akan mula dipasarkan di Malaysia, dan harga jualannya juga masih tidak diketahui buat masa ini.