BlackBerry Hub Diperlihatkan RIM Dengan Lebih Dekat

BlackBerry Hub Diperlihatkan RIM Dengan Lebih Dekat

Diterbitkan pada Jan 10, 2013 oleh .

Salah satu fungsi baru yang disertakan pada BlackBerry 10 adalah sokongan BlackBerry Hub, yang mana merupakan salah satu hub komunikasi, menyertakan mesej daripada pelbagai perkhidmatan. Bersempena dengan CES 2013 yang diadakan minggu ini, pihak RIM turut sama berkongsi mengenai sokongan ini melalui video terbaru mereka.

BlackBerry Hub menyertakan integrasi pelbagai laman sosial seperti Twitter dan Facebook, selain pada masa yang sama membolehkan pengguna turut melihat emel dan sebagainya padanya.

Blackberry 10 bakal diperkenalkan dan dilancarkan secara rasminya pada penghujung bulan ini, dengan peranti BlackBerry 10 dijangka akan dijual selepas itu.


TIPS & ULASAN