Bagi para pembangun tempatan, mungkin telah sedia kenali akan program ICON (Integrated Content Development) yang mana memfokuskan kepada pembangunan kandungan dan aplikasi. Terkini, Nokia dan juga MDeC bekerjasama dalam mengalakkan lagi pembangun tempatan membangunkan aplikasi untuk platform Windows Phone 8.
Dibawah program ini, lebih kurang 100 pembangun tempatan akan diberikan latihan dan juga sokongan untuk membangunkan aplikasi untuk platform Windows Phone 8.
Buat masa ini, syarat-syarat dan sebagainya masih lagi belum dikeluarkan, dan dikatakan akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Mungkin dengan kerjasama ini, kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi memfokuskan pengguna tempatan akan dihasilkan, disamping dipasarkan bersama oleh pihak Nokia.