Selain daripada Samsung, nampaknya Sharp turut sama tidak ketinggalan dalam memperlihatkan skrin fleksibel dan boleh lentur mereka pada acara CES 2013 yang berlangsung minggu ini.
Seperti Samsung, Sharp memperlihatkan skrin OLED fleksibel, membolehkan pengeluar peranti hadir dengan pelbagai jenis rekabentuk peranti.
Buat masa ini, tiada sebarang pengeluar yang mengumumkan akan menggunakannya pada peranti baru mereka. Namun, dengan pelbagai pengeluar skrin memperlihatkan konsep yang sama, mungkin kita akan dapat melihat peranti yang menggunakannya lewat tahun ini ataupun pada tahun hadapan.