Cari @ Amanz

Nokia Menjual Lebih 4.4 Juta Peranti Lumia Pada Suku Tahun Ke-Empat 2012

Oleh Aman

Link Copied!

Lumia 620Hari ini, Nokia berkongsi beberapa info awal berkaitan kenyataan kewangan mereka, dimana mengumumkan mereka telah menjual lebih daripada 4.4 juta peranti Lumia pada suku tahun ke-empat 2012 yang lepas.

Menariknya, selain daripada peranti Lumia, Nokia juga berjaya menjual sebanyak 2.2 juta peranti Symbian, serta lebih 9.3 juta peranti Asha pada tempoh masa yang sama.

Pada masa yang sama, Nokia mengatakan mereka akan berkongsi laporan penuh mengenai prestasi syarikat dan kewangan mereka pada 24 Januari 2013 kelak. Nokia turut menjangkakan pendapatan pada suku tahun pertama 2013 ini adalah lebih sedikit berbanding pendapatan pada suku tahun ke-empat 2012.

Di Malaysia, Lumia 920 dikatakan mengalami kekurangan stok, selain mana bermula hari ini, Lumia 620 akan dijual dipasaran tempatan pada harga RM799.


Komen ()