Cari @ Amanz

WikivoyageWikipedia merupakan salah satu laman popular daripada Wikimedia yang memfokuskan kepada ensiklopedia dan bahan rujukan dalam talian. Kini, Wikimedia Foundation juga dilaporkan bakal melancarkan laman Wikivoyage secara rasminya pada 15 Januari 2013 kelak.

Buat masa ini, laman Wikivoyage telah pun sedia diakses dalam bentuk beta. Untuk makluman, Wikivoyage memfokuskan kepada mereka yang suka mengembara dalam mengetahui lokasi-lokasi menarik, disamping cara mengembara dan bagaimana bergerak dari sesuatu lokasi ke sana.

Pada masa yang sama, ia turut menekankan kepada fungsi wiki, membolehkan sesiapa sahaja menyumbang dan menambah-baik sesuatu halaman itu, sekaligus memudahkan mereka yang lain dalam mendapatkan info yang tepat.

Daripada apa yang kelihatan, buat masa ini Wikivoyage masih belum terdapat dalam bahasa Malaysia. Mungkin ia akan diperkenalkan selepas pelancaran rasminya kelak.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi laman terbaru daripada WikiMedia Foundation pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd