Fedora 18 Dirancang Untuk Dilancarkan pada 15 Januari 2013

Fedora 18 Dirancang Untuk Dilancarkan pada 15 Januari 2013

Diterbitkan pada Jan 11, 2013 oleh .

Setelah pelbagai penangguhan sebelum ini, kini melalui minit mesyuarat yang dikongsikan pembangunnya, mereka mengumumkan yang mana sistem operasi terbaru Fedora bakal dilancarkan pada 15 Januari 2013 kelak.

Fedora 18 dikenali dengan nama kod Spherical Cow, dan seperti biasa, ia akan menyertakan pelbagai perkara baru, termasuk menggunakan GNOME 3.6, antaramuka skrin pemasangan yang baru, kebolehan menyokong pelbagai jenis warna pada terminal, dan pelbagai fungsi baru yang lain.

Bagi mereka yang meminati sistem operasi sumber terbuka, mungkin boleh menantikan pelancaran rasminya pada minggu hadapan, ataupun sekiranya ingin mencuba terlebih dahulu, mungkin boleh memuat-turun versi ujian daripada halaman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN