Aplikasi WordPress Untuk BlackBerry 10 Dipertontonkan

Aplikasi WordPress Untuk BlackBerry 10 Dipertontonkan

Diterbitkan pada Jan 11, 2013 oleh .

Dengan lebih kurang 20 hari lagi sebelum pelancaran rasmi BlackBerry 10, semestinya ia membuatkan ramai peminat dan pengemar gajet menantikannya. Bersempena dengan CES 2013, selain pihak RIM memperlihatkan sokongan BlackBerry Hub, aplikasi WordPress untuk BB10 turut sama diperlihatkan.

Aplikasi WordPress untuk BlackBerry 10, seperti semua sedia maklum, memudahkan pengguna menulis artikel, menambah gambar, menetapkan kategori, dan membuat pelbagai lain, sekaligus memudahkan pengurusan laman WordPress dengan menggunakan peranti BlackBerry 10.

Namun, daripada apa yang diperlihatkan, aplikasi yang diperlihatkan bukanlah versi natif, sebaliknya seperti berasaskan web ataupun diubah daripada versi Android ke BlackBerry.

Apa pun, ia kelihatan boleh digunakan tanpa masalah, dan mungkin versi akhirnya kelak berbeza dengan apa yang dipertontonkan.


TIPS & ULASAN