RT Jailbreak Tool Membolehkan Aplikasi Desktop Dipasang Pada Windows RT

RT Jailbreak Tool Membolehkan Aplikasi Desktop Dipasang Pada Windows RT

Diterbitkan pada Jan 11, 2013 oleh .

Terhad kepada aplikasi desktop berasaskan ARMPada Windows RT, aplikasi perlu dipasang melalui Windows Store, dan mengehadkan pemasangan aplikasi desktop padanya. Namun, kini sebuah aplikasi dikeluarkan pembangun bebas, membolehkan perkara ini diatasi.

Dinamakan sebagai RT Jailbreak Tool, ia membolehkan pengguna memasang aplikasi desktop pada Windows RT dan menggunakannya pada komputer Windows RT mereka dengan mudah.

Walaubagaimanapun, memandangkan Windows RT adalah berasaskan ARM, maka aplikasi desktop tersebut perlu dioptimasikan untuknya. Buat masa ini, beberapa aplikasi telah tersedia daripada para pembangun, yang mana dengan adanya cara pemasangan seumpama ini, maka mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi desktop ARM hadir.

Seperti biasa, pemasangan ini tidak digalakkan oleh Microsoft, maka perlu menggunakannya atas risiko sendiri.

Muat-Turun RT Jailbreak Tool


Ikuti aplikasi desktop yang disediakan untuk Windows RT


TIPS & ULASAN