Cari @ Amanz

LG Nexus 4 ialah antara telefon pintar yang paling dinantikan ketibaannya di Malaysia sejak ianya diumumkan oleh Google pada bulan Oktober tahun 2012. Telefon pintar keluarga dari keluarga Nexus ini akhirnya akan tiba di Malaysia minggu hadapan. Persoalan yang kami terima dari anda semua ialah adalah Nexus 4 telefon pintar yang harus dimiliki ataupun seperti peranti LG sebelum ini ianya indah khabar dari rupa?

[amanz-gallery]

Dari segi binaan Nexus 4 membawa pembaharuan berbanding telefon Android sebelum ini. Bahagian belakang dan hadapannya diperbuat dari kaca. Kami difahamkan kaca Corning Gorilla 2 digunakan bagi memastikan dua permukaan peranti ini tahan calar dan retak. Seperti apa yang dilaporkan di dalam ulasan laman sesawang lain, kami mendapati permukaan kaca ini amat mudah memerangkap kesan jari apabila dipegang dan dikendalikan.

Nexus 4 amat selesa dipegang kerana permukaan tepinya yang bulat dan diperbuat dari getah yang lembut. Permukaan kaca hadapannya pula melengkung ketepi bagi memudahkan tatalan dari kiri ke kanan. Ini bebeza dari lengkuangan dari atas ke bawah yang terdapat pada Samsung Galaxy Nexus yang dikeluarkan sebelum ini.

Kemasan
Spesifikasi LG Nexus 4
Cip 1.5GHz (empat-teras) S4 Krait
Kamera Utama 8 megapixel
Kamera Hadapan 1.3 Megapixel
Storan Terbina 8 / 16 Gigabyte
RAM 2 Gigabyte
Skrin 4.7-inci True HD IPS Plus
Bateri 2100 mAh

Dari segi kemasan nyata Nexus 4  dalah lebih baik dari Galaxy Nexus. Tiada lagi bahan plastik pada bahagian belakang seperti Nexus buatan Samsung. Maka tidak hairanlah hampir kesemua peranti Android yang diumumkan pada CES 2013, seperti Sony Xperia Z mempunyai rekaan yang premium seakan-akan Nexus 4. Ini ialah sebuah perkembangan yang baik kerana kami yakin anda seperti kami sudah bosan dengan rekaan “telefon mahal tetapi terlalu plastik” peranti Android yang wujud sekarang.

Kamera

Kamera  utama 8 Megapixelnya juga menangkap gambar yang tajam. Dalam mod HDR gambar yang diambil kelihatan lebih hidup dan bermaya. Seperti yang anda sedia maklum, Nexus 4 didatangi dengan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2 dan ini membolehkan anda mengambil gambar dalam mod Photosphere. Kami menghabiskan masa yang agak lama dalam mod Photosphere dan mendapati adalah agak sukar untuk mendapatkan gambar Photosphere yang sempurna.

Selain daripada itu antaramuka kamera juga diubah dengan drastik. Tiada lagi butang zoom pada paparan skrin dan kawalan zoom dilakukan dengan melakukan pinch in dan pinch out pada skrin sesentuh. Untuk memaparkan menu tetapan kamera pula anda perlu menyentuh skrin selama lebih kurang dua saat.

Nexus 4 Kameraclass=

Penggunaan

Dari penggunaan selama beberapa hari ini kami mendapati Nexus 4 ialah sebuah peranti yang pantas. Kelajuan tatalan skrin adalah sangat lancar dan aplikasi juga dapat dibuka dengan segera. Ini adalah kerana Nexus 4 didatangi dengan pemproses 1.5 GHz empat teras dari keluarga S4 Krait serta RAM sebanyak 2 Gigabyte. Kami juga masih belum menemui sebarang masalah besar seperti aplikasi tertutup dengan sendiri ataupun peranti tergantung ketika digunakan.

Satu masalah yang kami rasakan harus kami nyatakan ialah bahagian belakang Nexus 4 akan menjadi sedikit panas jika digunakan untuk beberapa ketika. Ini adalah masalah biasa majoriti telefon pintar yang nampaknya masih belum dapat diselesaikan.

Sekian sahaja pandang pertama LG Nexus 4 untuk hari ini. Nantikan ulasan penuh kami dalam masa beberapa hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd