Google Chrome Beta Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Google Chrome Beta Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Jan 11, 2013 oleh .

Pembangunan Chrome untuk desktop mempunyai beberapa saluran, seperti versi stabil, Beta dan juga Dev. Chrome untuk Android pula selama ini hanya menawarkan versi stabil sahaja, dan hari ini, Google turut sama menambah saluran beta padanya.

Chrome Beta untuk Android

Dengan pengenalan saluran beta ini, ia sekaligus membolehkan pihak pembangun Chrome menguji terlebih dahulu pelayar web mereka dengan pelbagai fungsi baru, dan mengatasinya sekiranya menghadapi sebarang masalah.

Bersempena dengan pengenalan ini, para pengguna Chrome untuk Android yang berminat, boleh memuat-turun Chrome 25 Beta untuk Android, dan menikmati beberapa penambah-baikkan, termasuk prestasi yang lebih baik sehingga 30%, serta menyertakan pelbagai sokongan baru untuk HTML5 dan CSS3.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya daripada Google Play Store hari ini (perlu menggunakan pautan disebabkan ia tidak boleh dijumpai melalui carian). Untuk menggunakannya, pengguna perlulah menjalankan Android 4.0 dan yang terkini pada peranti mereka.

Muat-Turun Chrome Beta untuk Android


TIPS & ULASAN