Cari @ Amanz

Dengan hanya tinggal lebih kurang 20 hari sahaja sebelum BlackBerry 10 dilancarkan, semestinya pihak RIM telah bersedia dari segi iklan promosi dan sebagainya. Kini, beberapa gambar awal untuk peranti yang dikenali sebagai BlackBerry Z10 mula kelihatan.

BBM Video

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia menunjukkan gambar peranti dalam warna hitam dan juga putih. Ia juga turut kelihatan pihak RIM menekankan kepada beberapa fungsi terbina pada sistem operasi tersebut, termasuk sokongan kamera, sokongan papan kekunci atas-skrin yang lebih menarik, BBM Video, dan beberapa yang lain.

BlackBerry Balance

Semestinya, mungkin terdapat beberapa fungsi lain yang akan didatangkan pada BlackBerry 10 yang masih tidak diketahui buat masa ini.

RIM bakal memperkenalkan BlackBerry 10 kepada umum pada 30 Januari kelak (31 Januari waktu tempatan), dimana dua peranti baru turut dijangka akan diumumkan pada tarikh sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd