Maxis Mula Menawarkan iPhone 5 Dibawah Pakej Komunikasi Belia

Maxis Mula Menawarkan iPhone 5 Dibawah Pakej Komunikasi Belia

Diterbitkan pada Jan 11, 2013 oleh .

Maxis sebelum ini telah memperkenalkan Pakej Komunikasi Belia dibawah mereka, yang mana ditawarkan dengan pilihan pakej prabayar Hotlink ataupun pascabayar Maxis. Setelah hanya menawarkan Galaxy Y sebelum ini, kini mereka menambah beberapa lagi peranti baru dibawah tawaran mereka.

Melaluinya, salah satu peranti yang ditambah adalah termasuk iPhone 5 yang dilancarkan baru-baru ini, membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga RM1999 untuk iPhone 5 16GB (dibawah pakej Hotlink).

Maxis - Pakej Komunikasi Belia

Selain daripada iPhone 5, Maxis juga turut kini menawarkan Galaxy S3, HTC Desire C, Samsung Galaxy Mini, Nokia Asha 311 dan juga Samsung Galaxy Y.

Lokasi yang mana menyokong pembelian dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini juga diperluaskan, dimana kini ia meliputi Sabah, Sarawak, Lembah Klang, dan pelbagai lokasi yang lain.


TIPS & ULASAN