Adakah keluarga tablet Apple akan menerima kemaskini dua kali setahun?
Keluarga tablet daripada Apple telah menerima kemaskini beberapa bulan yang lepas, dan kini mengikut ura-ura dan komen daripada penganalisa, ia diperkatakan Apple mungkin akan hadir dengan iPad generasi ke-lima dan juga iPad Mini generasi ke dua seawal bulan Mac ini.
Jikalau dihitung, dan sekiranya desas-desus ini benar, maka kita mungkin akan melihat kemaskini keluarga tablet daripada Apple dalam tempoh hanya lima bulan sejak versi sebelumnya diumumkan.
iPad Mini 2, seperti semua nantikan, dikatakan akan membawakan komponen yang dikemaskini seperti penggunaan cip yang lebih pantas, dan jikalau mengikut laporan-laporan sebelum ini, ia dijangka akan menyertakan paparan Retina padanya.
Perkara sama juga mungkin berlaku pada iPad 5 dimana mungkin akan menyertakan komponen yang dikemaskini, dan mungkin akan mengekalkan rekabentuk yang lebih kurang sama dengan generasi sebelum ini.
Namun, seperti biasa, ia hanya sekadar desas-desus awal, dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Tetapi sekiranya benar, adakah kita akan mula melihat tablet Apple menerima kemaskini dua kali setahun?