Android 4.2.2 Kelihatan Pada Beberapa Set Nexus 4

Android 4.2.2 Kelihatan Pada Beberapa Set Nexus 4

Diterbitkan pada Jan 12, 2013 oleh .

Google sehingga kini masih belum mengumumkan Android 4.2.2 secara rasminya, tetapi, rakan kami di Lowyat.NET kelihatan menerima set Nexus 4 yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Android 4.2.2

Nexus 4 yang diterima oleh pihak Lowyat.NET adalah set berbeza daripada apa yang dijual untuk pasaran tempatan, dimana ianya adalah variasi dengan storan sebesar 8GB. Menurut mereka, tiada sebarang perubahan drastik yang terdapat padanya, berkemungkinan lebih memfokuskan kepada mengatasi masalah-masalah kecil yang telah dikenal pasti buat masa ini pada versi yang sebelumnya.

Daripada apa yang diketahui, peranti Nexus 4 mereka dilabelkan sebagai dev-keys yang mana menggunakan versi pembangunan awal Android, dan mungkin disebabkan itu mereka telah menerimanya terlebih dahulu.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kemaskini Android 4.2.2 akan dikeluarkan oleh pihak Google, dan apakah yang akan disertakan sepenuhnya pada kemaskini tersebut.


TIPS & ULASAN