Fungsi Panggilan BBM Video Dipertontonkan Dalam Video Ringkas

Fungsi Panggilan BBM Video Dipertontonkan Dalam Video Ringkas

Diterbitkan pada Jan 12, 2013 oleh .

BBM Video merupakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai dalam sistem operasi BlackBerry 10. Setelah pelbagai petanda yang diperlihatkan sebelum ini, kini sebuah video ringkas, selama lebih kurang 7 saat, memperlihatkan fungsi panggilan video melalui BBM Video.

BBM Video, daripada apa yang diketahui buat masa ini, membolehkan pengguna membuat panggilan video diantara pengguna BlackBerry Messenger secara percuma, dimana turut sama menyertakan fungsi kolaborasi seperti perkongsian skrin dan sebagainya.

RIM sehingga kini masih mendiamkan diri berkenaan dengan fungsi BBM Video ini, dimana mungkin akan diumumkan sebagai kejutan pada pelancaran BlackBerry 10 penghujung bulan ini kelak.


TIPS & ULASAN