Office 2013 Dilaporkan Bakal Dilancarkan Pada Penghujung Januari 2013

Office 2013 Dilaporkan Bakal Dilancarkan Pada Penghujung Januari 2013

Diterbitkan pada Jan 12, 2013 oleh .

Ura-ura awal tanpa sebarang pengesahan rasmi pihak Microsoft buat masa ini.Microsoft sebelum ini pernah dikatakan akan melancarkan Office 2013 pada suku tahun pertama 2013, dan mengikut ura-ura dan desas-desus yang kedengaran, ia diperkatakan Microsoft mungkin akan melancarkan ia secara rasminya pada penghujung Januari 2013 ini, berkemungkinan pada 30 Januari kelak.

Office 2013 merupakan perisan pejabat terbaru daripada Microsoft, yang mana turut sama membawakan rekabentuk yang mesra skrin-sentuh, sama seperti sistem operasi terbaru mereka – Windows 8.

Office 2013

Office 2013 juga turut sama didatangkan bersama-sama sokongan integrasi awan yang menyeluruh, memudahkan pengguna mengakses dokumen pada sebarang peranti bila-bila masa, disamping berkolaborasi bersama-sama yang lain dengan mudah.

Ia diperkatakan Microsoft bakal mengadakan sesi latihan dikalngan rakan-rakan kerjasama mereka pada 21 Januari kelak untuk Office 2013 dan juga Office 365 dalam persediaan untuk pelancaran perisian terbaru mereka ini.

Jadi, mungkinkah kita akan dapat melihat perisian pejabat Office 2013, yang mana turut menyertakan sokongan bahasa Malaysia pada penghujung bulan ini?


TIPS & ULASAN