Google Menawarkan Pembangun Dengan Lencana Google Play Pelbagai Bahasa

Google Menawarkan Pembangun Dengan Lencana Google Play Pelbagai Bahasa

Diterbitkan pada Jan 12, 2013 oleh .

Lencana Google PlayBagi para pembangun, salah satu kaedah promosi utama adalah dengan memaparkan lencana rasmi untuk mengalakkan pengguna mendapatkan aplikasi mereka di Google Play Store. Kini, pihak Google sendiri memudahkan pembangun dengan menyediakan ia dalam pilihan pelbagai bahasa.

Sebelum ini, ia dihadkan kepada bahasa Inggeris sahaja, dan kini diperluaskan kepada lebih 47 bahasa, termasuk bahasa Malaysia.

Namun, untuk bahasa Malaysia, hanya satu variasi lencana sahaja disediakan, berbanding beberapa bahasa lain yang ditawarkan dalam bentuk dua variasi.

Sekiranya anda merupakan pembangun, dan ingin mendapatkan lencana rasmi untuk aplikasi anda, boleh melakukannya dengan melayari halaman rasmi Android Developer.


TIPS & ULASAN