Sony Mobile Mungkin Meninggalkan Pengeluaran Peranti Berspesifikasi Rendah

Diterbitkan pada Jan 12, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony Mobile pada hari ini, mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar dengan pelbagai bentuk spesifikasi. Namun, mungkin ia akan berubah dalam beberapa tahun lagi.

Xperia Tipo

Daripada apa yang dikongsikan salah seorang pengurus pemasaran produk Xperia, mereka ingin mengekalkan pelbagai faktor menarik “Sony” pada produk keluaran mereka, yang mana agak sukar diimplementasi didalam produk berspesifikasi rendah.

Untuk membawakan pelbagai ciri-ciri menarik dari segi rekabentuk, fungsi tambahan dan sebagainya, mereka mengatakan mungkin akan hanya memfokuskan kepada pengeluaran peranti berspesifikasi sederhana ke tinggi sahaja.

Peranti terbaru yang dikeluarkan oleh Sony adalah Xperia Z yang mana membawakan rekabentuk yang diminati ramai, disamping menerima reaksi positif ramai pengguna seluruh dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami