Adakah Facebook Akan Mengumumkan Facebook Phone Pada Minggu Ini?

Adakah Facebook Akan Mengumumkan Facebook Phone Pada Minggu Ini?

Diterbitkan pada Jan 13, 2013 oleh .

Facebook pada minggu ini, iaitu pada 16 Januari bakal mengadakan sebuah acara media khas untuk mengumumkan sesuatu yang baru. Apakah yang bakal diumum itu masih menjadi tanda tanya, tetapi, beberapa spekulasi awal mengatakan ianya merupakan berkaitan dengan Facebook Phone.

HTC ChaCha - Gambar Hiasan

Adakah perkara ini benar ataupun sebaliknya tidak diketahui sepenuhnya. Namun, pelbagai laporan dan ura-ura sebelum ini berkenaan dengan Facebook Phone ini telah diperkatakan, selain ada yang mengatakan HTC sebagai rakan kerjasama pihak Facebook.

Bercakap mengenai HTC, sebelum ini mereka pernah hadir dengan peranti HTC ChaCha yang menyertakan sebuah butang Facebook khas untuk pelbagai akses pantas ke laman sosial berkenaan.

Pihak Facebook sendiri mula memfokuskan sepenuhnya ke arena mudah-alih sejak daripada tahun lepas, dimana selain pengambil-alihan Instagram, mereka juga turut mula memperkenalkan aplikasi natif, serta AppCenter tersendiri.

Jadi, apakah yang bakal diumumkan oleh Facebook pada minggu ini? Adakah ianya Facebook Phone?


TIPS & ULASAN