Raspberry Pi Dilaporkan Menghampiri 1 Juta Unit Jualan Seluruh Dunia

Raspberry Pi Dilaporkan Menghampiri 1 Juta Unit Jualan Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Jan 13, 2013 oleh .

Raspberry PiRaspberry Pi merupakan salah satu komputer bersaiz kad kredit yang mendapat perhatian ramai pengguna seluruh dunia pada tahun lepas. Jadi, bagaimanakah dengan jualannya setakat hari ini?

Daripada angka yang dikongsikan, ia dikatakan, salah satu pengedar rasmi Raspberry Pi telah menjual lebih daripada 500,000 unit seluruh dunia, dan sedang menghampiri angka jualan 1 juta unit. Pihak Raspberry Pi sendiri tidak mempunyai sebarang angka rasmi, dan mereka mempunyai dua pengedar rasmi buat masa ini.

Raspberry Pi boleh dikatakan agak popular disebabkan oleh fungsi-fungsi yang dibawakan olehnya pada peranti yang bersaiz amat kecil, disamping kebolehan ia untuk menjalankan sistem operasi, serta sokongan komuniti yang meluas. Harga jualannya di pasaran tempatan adalah sekitar RM145, dan hanya ditawarkan melalui pembelian atas talian oleh beberapa pihak buat masa ini.


TIPS & ULASAN