Cari @ Amanz

The Pirate Bay merupakan salah satu laman popular diseluruh dunia, dimana pelbagai bentuk fail dan dokumen dikongsikan melaluinya. Dengan popularitinya, semestinya ramai yang ingin mengetahui kisah disebalik perkhidmatan popular tersebut dan masalah yang dihadapi olehnya.

Dokumentari khas yang memfokuskan Pirate Bay ini bakal dilancarkan tidak lama lagi, dimana seperti dinantikan semua, ia akan diedarkan secara percuma, berkemungkinan menawarkan ia terus melalui laman Pirate Bay tanpa sebarang bayaran.

Mungkin juga kita akan melihat trend penerbitan dokumentari berkaitan perkhidmatan internet dengan lebih meluas sepanjang tahun ini. Sebelum ini, antara dokumentari yang diterbitkan dan ditawarkan dalam bentuk muat-turun digital adalah termasuk Indie Movie dan juga dokumentari berkaitan Minecraft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd