8 Aplikasi Windows 8 Dari Pelajar Memenangi WowZapp Malaysia 2012

8 Aplikasi Windows 8 Dari Pelajar Memenangi WowZapp Malaysia 2012

Diterbitkan pada Jan 13, 2013 oleh .

Bersempena dengan pelancaran Windows 8 tempoh hari, salah satu aktiviti yang diadakan oleh Microsoft Malaysia adalah WowZapp 2012 yang mengalakkan pembangun dan pelajar tempatan membangunkan aplikasi untuk platform Windows 8.

Setelah beberapa bulan selepasnya, kini Microsoft telah pun mengeluarkan senarai pemenang untuk acara tersebut, dimana 8 aplikasi dari pembangun dan pelajar tempatan memenanginya.

Food with Friends

Food with Friends

Food with Friends merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan sosial dan juga lokasi. Melalui aplikasi tersebut, ia menggunakan data daripada Facebook dalam memaparkan pelbagai tempat makan yang menarik, serta membolehkan pengguna meninggalkan komen dan berkongsi bersama-sama rakan-rakan Facebook yang lain.

Walaupun konsepnya agak menarik, namun kami tidak berapa menyukai rekabentuk latar belakang yang kadangkala menjadikan pembacaan teks agak sukar. Namun, memandangkan ia dibangunkan dalam waktu kurang dua hari, maka perkara sepertinya adalah salah satu perkara yang dijangkakan.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Food with Friends secara percuma daripada Windows Store.

Muat-Turun Food with Friends dari Windows Store

Tap Tap Color

Tap Tap Color

Tap Tap Color merupakan salah satu permainan kasual yang ringkas, memerlukan para pengguna memilih warna Tiles yang sama. Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan ataupun dimainkan bersama-sama rakan-rakan yang lain pada waktu yang sama.

Muat-Turun Tap Tap Color dari Windows Store

English4Kids

English4Kids

English4Kids, seperti nama aplikasinya, merupakan aplikasi ringkas yang memfokuskan kepada pembelajaran awal kanak-kanak.

Daripada aplikasi tersebut, ia menyediakan dua bahagian, membolehkan pengguna mengikuti nama-nama binatang ataupun buah-buahan dalam kaedah yang interaktif.

Muat-Turun English4Kids dari Windows Store

Meme Rockband 2

Meme Rockband 2

Meme Rockband 2 membolehkan para pengguna mempelajari beberapa perkara asas berkenaan muzik, dimana ia menyediakan dua instrumen pilihan, piano dan drum dalam membolehkan pengguna memainkannya.

Aplikasi ini dioptimasikan untuk penggunaan skrin sentuh dan kelihatan agak janggal dan sukar dikendalikan apabila menggunakan tetikus dan papan kekunci.

Muat-Turun Meme Rockband 2 dari Windows Store

Al Jazeera Hub

Al Jazeera Hub

Seperti pada namanya, Al Jazeera Hub merupakan aplikasi pusat setempat untuk membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan daripada Al Jazeera, sama ada daripada halaman rasmi mereka, mahupun daripada laman sosial mereka seperti di Facebook, Twitter dan juga YouTube.

Aplikasi Al Jazeera ini dibangunkan untuk Windows Phone 8, dan berbeza dengan beberapa aplikasi lain yang dibangunkan untuk Windows 8.

Muat-Turun Al Jazeera Hub dari Windows Store

My Health

My Health Windows 8

Aplikasi My Health ini memfokuskan kepada pengiraan BMI untuk para pengguna, disamping mencadangkan beberapa aktiviti sihat yang boleh dijalankan dalam mengekalkan badan yang sihat.

Muat-Turun My Health dari Windows Store

Secret Recipe

Secret Recipe - Windows 8

Bagi pengguna tempatan, mungkin sedia mengenali akan rangkaian kedai makan dinamakan sebagai Secret Recipe. Aplikasi ini ditujukan kepada para peminat Secret Recipe, dimana menyediakan senarai lokasi, resipi dan juga promosi yang ditawarkan mereka melaluinya.

Muat-Turun Aplikasi Secret Recipe untuk Windows 8

Deal Hunt

Deal Hunt

Seperti semua sedia maklum, terdapat pelbagai laman yang menawarkan promosi dan tawaran harian, sekaligus menyukarkan pengguna mengikuti kesemuanya.

Aplikasi Deal Hunt ini menjadi salah satu pusat dengan mengumpulkan data daripada pelbagai laman, dan mengemaskini ia secara automatik setiap hari, dan memaparkan pelbagai promosi menarik setiap hari.

Muat-Turun Deal Hunt dari Windows Store


TIPS & ULASAN