Java Membawa Kepada Masalah Kritikal – Pelbagai Komputer Terdedah Kepada Masalah Sekuriti

Java Membawa Kepada Masalah Kritikal – Pelbagai Komputer Terdedah Kepada Masalah Sekuriti

Diterbitkan pada Jan 13, 2013 oleh .

Kemaskini (14 Jan) : Oracle telah mengeluarkan kemaskini – Java 7 Update 11

Java merupakan salah satu perisian yang dipasang secara meluas pada pelbagai peranti diseluruh dunia, dimana diperkatakan lebih 1 bilion peranti mempunyainya. Kini, beberapa masalah padanya, disalah gunakan oleh pengodam, sekaligus menjadikan ia agak bahaya untuk digunakan.

Mengikut beberapa laporan terbaru, ia dikatakan masalah pepijat yang dikenal-pasti pada Java versi terkini membolehkan ia disalah gunakan, dan ramai pengodam seluruh dunia yang mengambil peluang daripadanya.

Sebagai langkah keselamatan, bagi pengguna yang tidak menggunakan Java, boleh membuangnya daripada pelayar web masing-masing ataupun nyah-aktifkannya buat sementara waktu.

Mozilla Firefox
Bagi pengguna Firefox, anda boleh memilih menu Add-ons, dan kemudiannya mematikan plugin bernama Java, dan seterusnya memulakan kembali pelayar web Firefox anda.

Google Chrome
Untuk pengguna Chrome, anda boleh ke halaman plugins dengan melayari URL chrome://plugins/ dan seterusnya mematikan plugin Java padanya kelak.

Kemaskini (14 Jan) : Oracle telah mengeluarkan kemaskini – Java 7 Update 11


TIPS & ULASAN