Cari @ Amanz

PhoneGapPhoneGap merupakan salah satu aplikasi yang popular dikalangan pembangun aplikasi, dimana ia membolehkan pembangun dengan mudah membangunkan aplikasi natif, dengan hanya menggunakan HTML, CSS dan juga JavaScript.

Setelah hanya menyokong platform iOS, Android, BlackBerry, webOS dan Bada sebelum ini, kini melalui kemaskini kepada versi 2.3, PhoneGap turut sama menambah sokongan untuk pembangunan aplikasi Windows Phone 8 melaluinya.

Perkara ini dapat dijayakan oleh PhoneGap hasil daripada sumbangan kod oleh Microsoft untuk Apache Cordova.

Bagi pembangun yang berminat, anda boleh memuat-turun PhoneGap hari ini, dan menggunakan ia dalam pembangunan aplikasi pelbagai platform, dengan hanya mengetahui HTML, CSS dan juga JavaScript sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd