Cari @ Amanz

Sebelum ini, maklumat awal berkaitan kemaskini Jelly Bean untuk Samsung Galaxy S2 telah pun diketahui, dan kini ia diperkatakan kemaskini tersebut akan mula diperkenalkan bermula bulan hadapan.

Samsung Galaxy S2 - Jelly Bean

Daripada maklumbalas yang diterima pihak CNet, ia dikatakan Samsung akan memulakan kemaskini Android 4.1 Jelly Bean di Singapura bermula bulan Februari. Berkemungkinan pengguna di Malaysia turut sama akan dapat menikmatinya dalam jarak masa yang tidak begitu jauh.

Jelly Bean untuk Galaxy S2 dijangka akan membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan Smart Stay dan juga Google Now padanya. Ia diperkatakan kemaskini ini akan diperkenalkan melalui Samsung Kies dan bersaiz sekitar 1GB.

Sama-sama kita nantikan kemaskini Jelly Bean untuk Galaxy S2 dalam tempoh sebulan lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd