Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah mengemaskini halaman Flickr rasmi mereka, dan berkongsi akan mengatakan yang mana peranti Samsung Galaxy S3 telah terjual sebanyak lebih 40 juta unit seluruh dunia dalam tempoh masa 7 bulan sejak diperkenalkan.

Samsung Galaxy S - 100 Juta

Samsung Galaxy S3 dikatakan sebagai peranti paling popular keluaran Samsung buat masa ini, dengan kini ia dijual secara purata 190,000 unit sehari.

Selain daripada itu, Samsung Galaxy S2 juga telah terjual sejumlah 40 juta unit dalam tempoh 20 bulan sejak diperkenalkan. Secara keseluruhan, ia menjadikan siri Galaxy S terjual melebihi 100 juta unit sejak diperkenalkan pada bulan Mei 2010.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd