Apple hari ini dilaporkan mengurangkan pesanan dan tempahan komponen untuk iPhone 5, disebabkan oleh permintaan yang kurang berbanding apa yang dijangkakan sebelum ini.
WSJ melaporkan yang mana pesanan Apple untuk skrin iPhone 5 untuk suku tahun pertama 2013 sahaja dikurangkan hampir separuh – berbanding apa yang syarikat gergasi itu merancang sebelumnya.
Selain daripada panel skrin, Apple juga dilaporkan mengurangkan pesanan untuk beberapa komponen lain, dan dikatakan telah memberitahu kepada para pengeluar pada bulan lepas.
iPhone 5 telah diperkenalkan oleh Apple pada bulan September 2012 yang lepas, dan dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Peranti tersebut juga turut ditawarkan melalui Pakej Komunikasi Belia oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.
Pengurangan pesanan oleh Apple ini memperlihatkan yang mana Apple mungkin menghadapi saingan sengit daripada pengeluar peranti yang lain, ataupun mungkin mereka dalam perancangan untuk mengeluarkan peranti baru mereka.