Paparan Skrin Aplikasi GTalk Untuk BlackBerry 10 Mula Kelihatan

Paparan Skrin Aplikasi GTalk Untuk BlackBerry 10 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Jan 15, 2013 oleh .

Jikalau sebelum ini kita dapat nampak aplikasi Twitter, Facebook, LinkedIn dan emel diintegrasikan pada BlackBerry Hub, nampaknya pada pelancaran kelak mungkin terdapat lebih daripada itu dibawakan oleh pihak RIM, termasuk terkini paparan skrin aplikasi Google Talk mula kelihatan pada platform BlackBerry 10.

Gtalk Blackberry 10

Gtalk Blackberry 10

Daripada paparan skrin yang diperlihatkan, ia menunjukkan rekabentuk yang mengekalkan ciri-ciri rekabentuk platform BlackBerry 10, disamping integrasi pada BlackBerry Hub. Melalui BlackBerry Hub juga, ia membolehkan pengguna menguruskan pelbagai komunikasi mereka dengan mudah.

Mungkin juga RIM mempunyai lebih banyak kejutan dan pengumuman aplikasi untuk BlackBerry 10 pada 30 Januari 2013 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN