Sebelum ini, Google telah memperkenalkan pelayar web Chrome versi beta untuk pengguna Android, dan hari ini, Chrome 25 Beta mula diperkenalkan kepada para pengguna, menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.
Salah satu fungsi baru yang disertakan adalah sokongan kawala suara, membolehkan para pengguna menggunakan suara dalam permainan pada pelayar web, menguruskan dokumen dan sebagainya. Ia disertakan bersama-sama pelayar web Chrome 25 Beta, membolehkan pengguna yang berminat menggunakan API yang disertakan dalam aplikasi masing-masing.
Pada masa yang sama, Google turut menambah baik sekuriti pada Chrome 25 Beta, dengan menyertakan sokongan Content Security Policy untuk mengenal pasti kandungan yang selamat. Chrome 25 Beta juga turut menyertakan sokongan untuk mematikan extension yang menggunakan kuasa pengoperasian yang tinggi, dalam memberikan pengalaman pelayaran web yang pantas kepada pengguna.
Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan versi beta untuk Chrome hari ini, ataupun mengemaskini pemasangan Chrome Beta anda secara automatik.