Sony Mobile hari ini telah pun memperlihatkan peranti terbaru mereka – Xperia Z untuk pasaran tempatan, sekaligus menandakan ia akan tiba ke Malaysia pada suku pertama tahun 2013 ini.
Ditawarkan dalam tiga pilihan warna – Hitam, Putih dan Ungu.
Daripada apa yang dikongsikan, Xperia Z bakal ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu hitam, putih dan juga ungu.
Xperia Z merupakan peranti terbaru daripada Sony yang membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh (1920×1080), kamera 13-megapixel dengan Exmor RS, cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz Snapdragon S4, memori sebanyak 2GB RAM, dan juga fungsi dinamakan sebagai Battery Stamina yang memanjangkan masa bertahan sehingga 4 kali ganda.
Buat masa ini, maklumat berkaitan dengan Xperia ZL masih tiada untuk pasaran Malaysia, tetapi ia akan ditawarkan di Indonesia dan Singapura dalam warna hitam dan putih pada suku pertama tahun 2013.
- Kemaskini : Peranti Xperia ZL akan memasuki pasaran Malaysia, tetapi tiada tarikh sebenar yang diketahui buat masa ini.