AmanzEDU Sesi Pertama Selesai – Seterusnya Pada Bulan Februari 2013

AmanzEDU Sesi Pertama Selesai – Seterusnya Pada Bulan Februari 2013

Diterbitkan pada Jan 16, 2013 oleh .

Pada 12 Januari 2012 yang lepas, seperti semua sedia maklum, kami telah mengadakan kursus dan latihan pendek dengan kerjasama pihak JomSocial. Kursus pertama yang bertajuk Pengenalan Kepada Dunia Teknologi Mudah Alih ini telah dikendalikan oleh Ikhwan Nazri dan Azrul Rahim dan berlangsung selama 2 jam dimana ia dibahagikan kepada dua sesi.

amanzedu1

Pada sesi pertama, Ikhwan Nazri menerangkan secara kasar berkenaan evolusi dunia pengkomputeran. Daripada komputer pada zaman awal sehinggalah kewujudan aplikasi telefon pintar sebagai pengubah dunia komputer masa-kini. Sekiranya dahulu komputer digunakan untuk melakukan kerja, peranti mudah-alih pada masa kini juga mampu melakukan kerja dan perihal manusia ketika bergerak dan pada bila-bila masa.

Sesi kedua pula Azrul menerangkan kepada hadirin berkenaan bagaimana ingin memulakan laman web yang sesuai dengan peranti mudah alih menggunakan Joomla. Sesi interaktif ini bermula dengan proses pemasangan Joomla dan pengetahuan asas penggunaan sehinggalah pemasangan fungsi-fungsi tambahan pada Joomla.

Amanz edu2

Untuk siri pertama AmanzEDU ini 8 peserta telah hadir. Kami akan mengadakan sesi seterusnya pada bulan hadapan, dan seperti biasa, mengendalikannya secara percuma.


TIPS & ULASAN