Pandang Pertama : Sony Xperia ZL

Pandang Pertama : Sony Xperia ZL

Diterbitkan pada Jan 15, 2013 oleh .

Pada hari ini, selain daripada pengumuman peranti Xperia Z untuk rantau Asia Tenggara, pihak Sony Mobile turut sama memperlihatkan peranti Xperia ZL. Ia masih tidak diketahui lagi, bilakah peranti tersebut akan memasuki pasaran Malaysia buat masa ini.

Dari segi spesifikasi, Xperia ZL membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh (1080p), kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.

Namun, jikalau dibandingkan dengan Xperia Z, peranti ini tidak kalis air, dan tampak kurang premium. Berkemungkinan ia akan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding dengan Xperia Z. Dari segi penggunaan sistem operasi, ianya lebih kurang sama, iaitu menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dengan antaramuka khas daripada Sony.

Kemaskini : Pihak Sony berkongsi mengatakan peranti ini akan hadir ke Malaysia, tetapi bilakah tarikh rasminya masih tidak diketahui buat masa ini.

Xperia ZL


TIPS & ULASAN