Nexus 5 Dan Nexus 7.7 Akan Diperkenalkan Menjelang Google I/O?

Nexus 5 Dan Nexus 7.7 Akan Diperkenalkan Menjelang Google I/O?

Diterbitkan pada Jan 15, 2013 oleh .

Pada tahun lepas, Google bersama-sama dengan rakan kerjasama mereka telah memperkenalkan beberapa buah peranti Nexus, iaitu Nexus 4, Nexus 7 dan juga Nexus 10. Kini kedengaran dua peranti baru akan diperkenalkan oleh Google pada pertengahan tahun ini.

nexus4_07

Mengikut ura-ura yang kedengaran hari ini, dilaporkan pihak LG akan membangunkan kedua-dua peranti ini, dimana seperti semua sedia maklum, penggunaan angka menandakan saiz skrin peranti tersebut. Google pada tahun ini akan mengadakan acara Google I/O pada 15 Mei, dimana ia dijangka diperkenalkan pada acara tersebut.

LG Nexus 5 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan resolusi penuh, serta dijana menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 4 yang diperkenalkan baru-baru ini. Beberapa spesifikasi lain yang turut diperkatakan adalah termasuk penggunaan memori sebanyak 2GB RAM, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan juga kamera 3-megapixel pada bahagian hadapan.

LG Nexus 7.7 pula diperkatakan adalah tablet Nexus bersaiz 7.7-inci, yang mana turut sama membawakan skrin paparan HD penuh dengan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 4, selain menggunakan memori sebanyak 2GB RAM, serta kamera hadapan dan belakang dengan sokongan rakaman HD.

Kedua-dua peranti ini juga dilaporkan akan menjalankan sistem operasi Android 5.0 Key Lime Pie padanya.

Namun, adakah ia benar ataupun tidak, menjadi tanda persoalan ramai. Ura-ura seperti ini adalah sesuatu yang biasa kita dengan jauh sebelum seseuatu peranti itu diperkenalkan.

Mungkin sekiranya ia adalah benar, kita akan dapat melihat lebih banyak informasi berkaitan dengannya, menjelang Google I/O kelak. Namun, apa yang pasti, semestinya Google menyimpan sesuatu kejutan untuk acara pada bulan Mei 2013 itu kelak.


TIPS & ULASAN