Perkhidmatan MySpace Baru Kini Dibuka Untuk Umum

Perkhidmatan MySpace Baru Kini Dibuka Untuk Umum

Diterbitkan pada Jan 15, 2013 oleh .

Setelah diperkenalkan dalam bentuk beta untuk beberapa minggu yang lepas, kini pihak MySpace membuka rekabentuk laman baru mereka kepada umum, membolehkan sesiapa yang berminat mendapatkannya.

Perkhidmatan MySpace baru ini berfungsi secara berasingan dengan laman MySpace sedia ada buat masa, dan mungkin ia akan diintegrasikan bersama dalam masa tidak lama lagi.

MySpace baru ini membawakan antaramuka yang serba baru, serta memfokuskan sepenuhnya kepada muzik, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa industri hiburan, selain menikmati pelbagai jenis muzik ketika melayari laman tersebut.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan akaun di new.myspace.com.


TIPS & ULASAN