TonTon Memperkenalkan “TV Everywhere” – Siaran TV Pada Pelbagai Saiz Peranti

TonTon Memperkenalkan “TV Everywhere” – Siaran TV Pada Pelbagai Saiz Peranti

Diterbitkan pada Jan 15, 2013 oleh .

TonTon merupakan salah satu perkhidmatan milik Media Prima Digital, menawarkan sokongan untuk mengakses kandungan video di web, dan hari ini, mereka secara rasminya memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka dinamakan sebagai “TV Everywhere“.

Melalui perkhidmatan ini, ia dikatakan akan membolehkan para pengguna mengakses tontonan siaran langsung empat saluran televisyen Media Prima, iaitu TV3, NTV7,8TV dan TV9 serta saluran RT Global secara percuma, pada bila-bila masa.

Namun, untuk mengaksesnya, seperti biasa pengguna memerlukan talian internet, dan pihak TonTon mengatakan ia hanya menyokong telefon pintar dan tablet Android (Android 2.3 dan ke atas), serta iOS (iOS 4 dan ke atas), selain membolehkan ia diakses melalui pelayar web di komputer.

Daripada ujian kami, walaupun ia tidak menghadapi sebarang masalah ketika diakses menggunakan komputer, namun tidak memberikan sebarang hasil kepada kami ketika menggunakan iPad mahupun telefon pintar Android.

Apa pun, bagi anda yang berminat, mungkin boleh menguji sendiri TonTon TV Everywhere ini, dan berkongsi pendapat anda berkenaan dengannya.


TIPS & ULASAN