Wikimedia Foundation Melancarkan Wikivoyage Secara Rasmi

Wikimedia Foundation Melancarkan Wikivoyage Secara Rasmi

Diterbitkan pada Jan 16, 2013 oleh .

Seperti mana yang dijanjikan, pihak Wikimedia, kini telah pun melancarkan secara rasminya laman web dan perkhidmatan terbaru mereka memfokuskan bagi mereka yang gemar melancong dan mengembara – Wikivoyage.

Buat masa ini, laman Wikivoyage dilaporkan mempunyai lebih kurang 50,000 artikel yang disumbang dan disunting bersama oleh lebih kurang 200 sukarelawan seluruh dunia.

Wikivoyage bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah dimulakan sejak tahun 2006, dan disokong oleh Wikivoyage Association di Jerman. Namun, seterusnya, mereka menyumbang kandungan dan jenama tersebut kepada Wikimedia Foundation, yang mana turut menguruskan laman Wikipedia.

Sokongan bahasa Malaysia masih tiada buat masa ini, dan dijangka akan ditambah secara berperingkat. Bagi mereka yang berminat, boleh menyemaknya di Wikivoyage.org hari ini.


TIPS & ULASAN