Cari @ Amanz

Salah satu info yang jarang dan masih belum ketahui sepenuhnya berkenaan BlackBerry 10 adalah aplikasi peta padanya. Dengan beberapa minggu lagi sebelum dilancarkan, kini beberapa paparan skrin untuk aplikasi peta BlackBerry 10 mula kelihatan.

BlackBerry Maps

BlackBerry Maps

Seperti biasa, aplikasi peta pada BlackBerry memfokuskan kepada antaramuka yang amat ringkas, dan daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan kebolehan untuk menambah dan menyimpan tempat-tempat kegemaran kita padanya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan didatangkan dengan sokongan navigasi ataupun tidak. Pada masa yang sama juga, terdapat kemungkinan versi akhir kelak mungkin mengalami perubahan daripada apa yang diperlihatkan ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan aplikasi peta pada BlackBerry 10 ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd