Facebook Menambah Baik Sokongan Carian – Memperkenalkan Graph Search

Facebook Menambah Baik Sokongan Carian – Memperkenalkan Graph Search

Diterbitkan pada Jan 16, 2013 oleh .

Facebook, hari ini secara rasminya mengumumkan perkhidmatan carian mereka yang lebih baik berbanding sebelumnya, melalui Graph Search. Seperti pada namanya, ia menggunakan data anda di Facebook dalam memaparkan hasil carian yang sesuai untuk anda.

Facebook - Graph Search

Facebook - Graph Search

Facebook pada hari ini mempunyai lebih 1 bilion pengguna yang telah berkongsi lebih 240 bilion gambar, dan mempunyai lebih 1 trilion rangkaian hubungan antara satu pengguna dengan lain. Graph Search ini menarik data daripada rakan-rakan terdekat anda di Facebook, dan memaparkan hasil carian yang amat berguna untuk pengguna.

Facebook - Graph Search

Buat masa ini, Facebook mengatakan Graph Search masih pada peringkat beta, dan ia memfokuskan kepada People, lokasi, gambar, dan juga Interest (kegemaran). Hasil carian diperlihatkan dengan rakan anda paling dekat, ataupun yang paling kerap anda berinteraksi, dan kemudian daripada rakan-rakan lain.

Facebook - Graph Search

Sokongan untuk menapis carian juga turut disertakan, membolehkan pengguna mendapat hasil carian yang lebih baik lagi untuk kata kunci mereka. Selain mencari kandungan yang diperlukan seperti lokasi, gambar dan sebagainya, Graph Search juga membolehkan pengguna dengan lebih mudah mencari rakan mereka di Facebook, dan menambah mereka pada senarai rakan.

Facebook - Graph Search

Facebook - Graph Search

Buat masa ini, fungsi baru ini masih diuji dalam bentuk beta tertutup yang terhad. Namun, bagi mereka yang ingin mencubanya, boleh mendaftarkan minat pada halaman rasminya di Facebook.


TIPS & ULASAN