Cari @ Amanz

Pada BlackBerry 10, salah satu fungsi yang bakal disertakan, seperti diperlihatkan pada beberapa bahan promosi sebelum ini adalah sokongan BBM Video. Tetapi nampaknya bukan sekadar itu, dan mungkin Skype akan didatangkan bersama-sama.

Daripada versi kemaskini yang dikeluarkan untuk pembangun, ia diperkatakan ikon Skype terdapat padanya, sekaligus menandakan beberapa kemungkinan untuknya.

Terdapat kemungkinan Skype akan disertakan padanya, dan mungkin juga sebaliknya. Buat masa ini, tiada sebarang perkara yang diketahui, dan mungkin segalanya terjawab dalam tempoh kurang 15 hari lagi.

Ikon Skype pada BB10

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd