Fedora 18 “Spherical Cow” Dilancarkan Secara Rasmi

Fedora 18 “Spherical Cow” Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Jan 16, 2013 oleh .

Fedora 18Setelah pelbagai penangguhan dalam pembangunan sebelum ini, akhirnya, hari ini, pihak pembangun Fedora Project telah pun mengumumkan pelancaran sistem operasi Linux terbaru mereka kepada umum, iaitu Fedora 18.

Fedora 18, seperti semua sedia ketahui, dikenali dengan nama kod Spherical Cow, dan dikatakan sebagai versi terbaik sehingga kini (seperti sedia diketahui).

Pada Fedora 18, antaramuka skrin pemasangannya diberikan nafas baru, sementara untuk proses mengemaskini, ia kini menyertakan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai FedUp (Fedora Updater).

Seperti biasa, pelbagai aplikasi dan perisian didalamnya dikemaskini kepada versi terkini, serta menyertakan GNOME 3.6 desktop padanya. Bagi mereka berminat menggunakan Cinnamon, pilihan tersebut turut disediakan, selain MATE yang turut disertakan bersama-sama dengannya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Fedora 18 hari ini daripada laman rasmi mereka, dan mencubanya sendiri pada komputer anda.

Muat-Turun Fedora 18 Spherical Cow


TIPS & ULASAN