Salah satu aplikasi yang popular dikalangan pengguna yang gemar mengikuti kemaskini daripada pelbagai laman adalah Pulse. Setelah hanya memfokuskan kepada kemaskini dari laman web biasa sahaja, kini Pulse turut sama menginterasikan sokongan feed dari laman sosial padanya.
Melaluinya, para pengguna boleh menambah feed daripada laman seperti Tumblr, Flickr, YouTube, Instagram, Twitter dan juga Facebook.
Daripada percubaan kami, sebaik sahaja pengguna menambah sesuatu perkhidmatan, ia seterusnya akan meminta pengguna untuk log masuk, dan mula menarik data untuk diperlihatkan padanya.
Untuk perkhidmatan Twitter, ia membolehkan pengguna mengikuti semua pautan yang dikongsikan rakan-rakan mereka dengan mudah, sementara untuk yang lain, ia berfungsi dengan memaparkan apa yang anda ikuti dan sebagainya, melalui bentuk paparan Pulse, sama seperti anda mengikuti kemaskini laman web dan sebagainya.
Bagi pengguna iOS dan juga Android yang berminat, boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini.