Asus Taichi Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Asus Taichi Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 16, 2013 oleh .

Asus Taichi merupakan salah satu peranti yang mengabungkan tablet dan juga komputer riba, dimana didatangkan dengan dua skrin pada bahagian hadapan dan juga belakang. Setelah diperkenalkan tidak lama sebelum ini, akhirnya ia akan dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan.

Asus Taichi

Asus Taichi

Buat masa ini, harga jualan dan sebagainya masih tidak diketahui lagi, dan mungkin diumumkan pada minggu hadapan bersama-sama dengan pelancarannya kelak.

Dari segi spesifikasi, peranti ini membawakan cip pemprosesan pilihan antara Intel Core i5 atau i7, dilengkapi dengan storan SSD sebesar 256GB SSD, dan memori sebanyak 4GB RAM. Ia didatangkan dengan dua skrin, pada bahagian hadapan dan belakang, bersaiz 11.6-inci dengan paparan resolusi penuh.

Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara pelancarannya pada minggu hadapan, berkenaan dengan tarikh jualan dan harganya di Malaysia.


TIPS & ULASAN