Cari @ Amanz

Pada pelancaran Xperia Z dan Xperia ZL di pasaran Asia Tenggara semalam, salah satu perkara yang diperkatakan adalah Malaysia tidak akan menerima Xperia ZL. Namun, kini pihak Sony Malaysia mengatakan ia akan hadir ke pasaran Malaysia pada tempoh yang lebih kurang sama dengan Xperia Z.

Xperia Z dan Xperia ZL

Xperia Z dan Xperia ZL

Xperia ZL membawakan spesifikasi lebih kurang sama dengan Xperia Z, tetapi membawakan rekabentuk yang tidak kalis air dan tidak boleh merakamkan gambar resolusi penuh menggunakan kamera hadapan. Namun, ia menyertakan butang kamera fizikal padanya, berbeza dengan Xperia Z yang tidak membawakannya. Berkemungkinan ia akan berharga sedikit rendah berbanding Xperia Z.

Berkemungkinan Xperia ZL turut sama dibawa adalah mungkin kerana permintaan pengguna, ataupun pegangan pasaran Sony Mobile di Malaysia yang lebih baik berbanding beberapa negara lain di rantau Asia Tenggara ini.

Xperia Z dan juga Xperia ZL dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Mac kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd